Jan 8, 2012

Susu Ibu

Subhanallah....terdiam seketika bila terbaca artikel bahawa Allah telah menjadikan seorang bayi yang baru lahir itu, mampu untuk bertahan selama 2 hari tanpa susu. Malah keperluannya terlalu sedikit iaitu dua sudu makan sahaja untuk 2 hari, iaitu kira-kira 30ml sehari! Sedangkan ibu bapa yang terlalu ghairah memberikan susu formula, selalunya membuatkan susu 1-2oz (hingga mencecah 60ml) untuk sekali minum. Kasihan perut bayi itu kembung, kan.. (sory my princes!)

Puting merekah? Itu perkara biasa yang dilalui oleh hampir semua ibu. Cuba sapukan sedikit minyak masak ke puting, sebelum menyusukan. Yang paling penting adalah memastikan seluruh puting masuk ke mulut bayi, iaitu seluruh bahagian yang hitam. Usah beri alasan puting puting tenggelam, maka tidak boleh menyusukan bayi, kerana namanya juga “breast-feeding”, bukan “nipple-feeding”.. 

     Ada kajian yang terbaru dari Britain pula menunjukkan memang bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya, tidak akan setembam bayi yang minum susu formula...yezz..Peningkatan  berat badannya juga lebih perlahan semasa zaman kanak-kanak tetapi ini terbukti dapat mengelakkan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan gaya hidup tidak sihat seperti DIABETES dan OBESITI. Peningkatan berat badan yang perlahan juga menggalakkan gaya dan pola pemakanan yang lebih sihat di kalangan bayi-bayi ini.  Jadi jangan cemburu melihat anak-anak kawan anda yang menyusu susu formula kalau mereka lebih montel dari anak anda, mungkin itu petanda awal obesiti.
     Susu ibu juga dapat melindungi anak dari jangkitan paru-paru, asthma dan alahan. Berita baik untuk ibu juga, ia dapat mengurangkan risiko KANSER PAYUDARA dan KANSER OVARI, di samping membantu menurunkan berat badan kerana setiap hari, lebih 500 kcal akan dibakar...ini yg nak dengar ni...semestinya susu ibu adalah yang terbaik...jimat wang n jimat masa..;)

No comments: